- Jangan terlalu ikut perasaan
Ambik tidakan yang segera untuk memperbaiki situasi sekiranya rasa tergangu. Contohnya bincang secara baik pelayan jika kamu merasakan tidak senang dengan makanan kamu. Begitu juga dengan kekasih. Elakkan berkasar bincang kan setiap masalah yang berlaku dengan tenang.
- Jangan melepaskan kemarahan
Kamu mungkin merasa lebih baik, tetapi orang yang dimarahi, pastinya akan berasa tidak selesa dengan kamu. Gunakan cara lain untuk melepaskan kemarahan, Seperti menulis dalam diari atau menulis surat marah yang tidak dirancang untuk dikirimkan pada sesiapa. Ianya hanya untuk meluahkan rasa sakit hati dan rasa marah dalam diri kamu.
-Proaktif
Jangan mengharapkan orang lain membaca fikiran kamu atau mengetahui apa yang kamu inginkan. Beritahu pada diri untuk belajar jujur pada diri sendiri dan orang lain tentang apa yang kamu inginkan dan perlukan dalam kehidupan seharian kamu.
-Lupakan
Ketepikan beberapa saat untuk memikirkan tentang orang yang menjadi sasaran kemarahan kamu. Ini kerana kadang kala kamu melahirkan kemarahan ketika kamu rasa sakit hati dan tidak puas hati dengan seseorang. Oleh kerana itulah elakkan daripada mengingatinya. baran adalah tingkah laku manusia yang normal. Namun ia sebenarnya tidak baik malah akan memberi banyak kesan buruk pada kehidupan kita. Jadi sesiapa yang merasakan dirinya mewarisi sifat panas baran ini, sebaiknya cari jalan untuk berubah terutama insan bernama lelaki. Ini kerana lelaki dikatakan mempunyai sifat panas baran yang agak terlampaun. Sehingga ada kalanya boleh mencederakan . Kalau tidak tahu cara untuk berubah ikuti panduan tersebut.