Saturday

Saya masih sayang suami

'Saya masih sayang suami'

KUALA LUMPUR: Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, atau Kak Engku akhirnya terjawab apabila dia menegaskan masih menyayangi suami, Adzmin Osman.
TUMPUAN...Raja Azura ketika mengadakan sidang media mengenai status rumah tangga, semalam.
TUMPUAN...Raja Azura ketika mengadakan sidang media mengenai status rumah tangga, semalam.
Malah, Kak Engku turut memberi penjelasan kedua-dua mahu mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan hubungan mereka.

“Kami masih suami isteri yang sah dan tidak bercadang berpisah,” kata Kak Engku mengenai spekulasi status perkahwinannya yang tersebar baru-baru ini.

Menurutnya, kehadiran dia dan suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 3 Ogos lalu, bukan untuk memfailkan perceraian, sebaliknya mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan perselisihan faham antara mereka.

“Biasalah adat rumah tangga ada perbezaan pendapat. Saya dan suami tidak terlepas. Bagaimanapun, kami bersetuju berjumpa pihak mahkamah bagi mencari jalan perdamaian,” katanya dalam sidang media di pejabat Astro di sini, semalam.

Katanya, setiap masalah berlaku dalam rumah tangga perlu diselesaikan dengan cara baik termasuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar.
“Saya dan suami datang berjumpa pihak yang pakar mengenai undang-undang Islam untuk berbincang mengenai hak suami isteri dalam sesebuah perkahwinan.

“Saya amat menghormati dia sebagai suami dan dia juga sebaliknya. Oleh itu, saya tidak nampak akan berlaku perpisahan kerana kami saling mengenali antara satu sama lain, pasti akan ada jalan penyelesaian,” katanya semalam
Kak Engku berkata, dia terpaksa mengambil sedikit masa untuk mengeluarkan kenyataan kepada media kerana tidak mahu tersalah cakap sehingga boleh memudaratkan hubungannya dengan suami.

“Saya minta maaf dengan rakan media yang cuba menghubungi saya untuk mendapatkan komen sejak beberapa hari lalu dan pada masa itu saya belum bersedia mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya

 
Cheap Web Hosting | Top Web Hosts | Great HTML Templates from easytemplates.com.