Thursday

Blog Berat...???

Ramai yang ingin tahu mengapa dan kenapa blog mereka kadang² lambat untuk dibuka (Loading). Kalau masalah line itu lain cerita tapi kali ni aku nak kongsi satu masalah mengenai blog iaitu BLOG BERAT! Semua orang inginkan blog yang cantik dan menarik tetapi dalam sibuk mengemas dan memperindahkan blog kadang-kadang kita lupa satu masalah iaitu blog menjadi berat dan lambat untuk dibuka. Walaupun blog kita kelihatan menarik tetapi dengan masalah "Berat" pengunjung menjadi enggan untuk singgah di blog kita kerana menunggu lama. Mungkin anda juga pernah mengunjungi blog yang berat (macam blog aku kah?) dan bosan menunggu lama untuk dipaparkan sepenuhnya.


Di sini aku ingin kongsikan Tools yang boleh mengenal pasti samada blog itu berat dan seberapa cepat ianya boleh dipaparkan. Hasil yang di tampilkan mengikut Size, Loading Time dan Average Speed per KB (Saiz, Masa Paparan dan Purata Kelajuan per KB). Apa yang anda perlu perhatikan adalah Saiz kerana Loading Time dan Average Speed per KB akan selalu berubah. Jika hasil ujian menunjukkan blog tersebut melebehi 200KB anda perlu mengurangkan beberapa widget / gadget didalam blog anda seperti Jam, Kalender Dan lain².



Masukan Url blog Anda cth:http://mystery3s.blogspot.com/






Selamat mencuba...thankz

 
Cheap Web Hosting | Top Web Hosts | Great HTML Templates from easytemplates.com.